Bunga Car Rental
BM EN
Tempah Tempah sekarang
Bunga Car Rental
Toggle sidebar

Bahasa

BM EN

Ikuti kami

Terma sewaan

Terma & Syarat Sewaan

Bunga Car Rental Tawau · Kereta sewa pandu sendiri

Tempoh sewa

Jenis sewa
Kereta sewa pandu sendiri
Tempoh sewa
1 Hari = 24 Jam

Contoh: Sekiranya kenderaan diserahkan pada 8:00 AM hari ini, maka 8:00 AM keesokan harinya dikira sebagai 1 hari tempoh sewaan.

Caj tambahan masa (overtime)

Sedan RM 10.00 setiap jam
Hatchback RM 10.00 setiap jam
MPV RM 15.00 setiap jam
Van RM 15.00 setiap jam
Pickup RM 15.00 setiap jam

Sekiranya tambahan masa melebihi 8 jam, ia akan dikira sebagai tambahan 1 hari sewaan penuh.

Langkah ini bertujuan memastikan kelancaran pengurusan tempahan seterusnya serta memberikan keselesaan kepada semua pelanggan kami.

Ambil & hantar kereta

Ambil kereta sendiri secara percuma, atau kami hantar kepada anda dan ambil semula.

  • Bunga Cafe Tawau Ambil & pulang sendiri di Bunga Cafe. Percuma. Percuma
  • Bandar Tawau (hingga Batu 4) Hantar percuma dalam bandar, contohnya Semarak, sehingga Petronas & Rastamas Batu 4. Percuma
  • Pasir Putih +RM 10.00 sehala
  • Lepas Batu 4 Caj penghantaran akan disahkan melalui WhatsApp. akan disahkan
  • Lapangan Terbang Tawau Perjalanan Bandar Tawau ke Airport mengambil masa lebih kurang 30–40 minit. +RM 35.00 Hantar + ambil semula: RM 60.00

Caj tambahan luar kawasan

Caj tambahan ini dikenakan bagi sewaan kenderaan ke luar kawasan Tawau.

  • Bandar Lahad Datu

    Sewa 1 hari
    +RM 100.00
    Sewa 2 hari ke atas
    +RM 50.00
  • Felda Lahad Datu

    Sewa 1 hari
    +RM 120.00
    Sewa 2 hari ke atas
    +RM 80.00
  • Kinabatangan / Sandakan

    Caj tambahan
    +RM 150.00
    Tempoh minimum
    3 hari ke atas
  • Keningau / Kundasang / Kota Kinabalu

    Caj tambahan
    +RM 250.00
    Tempoh minimum
    5 hari ke atas

Nota penting

  • Pemandu yang menggunakan lesen "P" tidak dibenarkan membawa kenderaan ke luar kawasan. Lesen "P" hanya dibenarkan dalam kawasan Tawau hingga ke Semporna sahaja.
  • Sekiranya pelanggan ingin menyewa kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan, kiraan sewa akan tetap mengikut tempoh minimum tersebut.

Untuk tempahan & maklumat lanjut

Tempah sekarang